Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 20, 2009

kata pertama

salam..
Sebuah langkah pertama yang aku kira cukup sukar untuk aku mulakan. Semuanya kerana rasa tidak yakin diri. Tidak yakin dengan kemampuan sendiri untuk menulis di sini dan tidak pasti apa yang mahu diceritakan di sini. Banyak blog yang aku lawati dan baca. Ada yang seronok dan ada yang kurang seronok. Setelah bertahun-tahun hanya melihat dan membaca hasil tulisan orang lain, aku juga punya keinginan untuk menyatakan sesuatu di sini bagi kepuasan sendiri. Apa topik yang akan aku tulis pun aku belum dapat fikir. Mungkin titipan nukilanku juga seperti hidup yang aku lalui...biasa2 saje..tiada yang istimewa. Dengan umur yang sudah melebihi 30 tahun ini..semestinya sudah banyak perkara yang aku lalui. Dengan begini banyak pengalaman, aku seharusnya sudah dapat berfikir secara matang. Namun begitu, adakalanya aku tersepak dan tersadung dalam menjalani hidup ini. Pengajaran yang paling utama ialah hidup ini tidak selalu indah dan tidak juga sentiasa muram..dan yang paling dapat diharap untuk membasuh luka lama ialah masa...mungkin ada luka yang perlukan masa yang lama dan ada gurisan hati yang dapat dilupai dalam sekejapan masa.
Pengalaman yang dilalui untuk mendewasakan hidup bukan sesuatu yang mudah untuk kita lalui. Ada yang kita senangi dan ada yang kita benci. Aku juga pernah jatuh ke gaung nestapa namun kini aku sudah berupaya untuk kembali mendaki bahagia..

No comments:

Post a Comment