Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 20, 2009

aku bingung

bingung hatiku memikirkanmu..
soalan demi soalan aku tanyakan..
namun tiada satu pun yang berjawab..
atau aku terlalu banyak persoalannya.
mengapa harus semua ini berlaku padaku,
adakah kerana aku terlalu lemah,
terlalu mengharap akan sebuah kasih sayang..
tidak cukupkah kasih sayang yang aku terima selama ini..
atau aku rindukan sebuah pelukan mesra
yang mendamaikan badai gelora di hati..

aku jua masih bingung...

Friday, November 13, 2009

letih..

apa ertinya hidup? aku sudah letih untuk buat apa saja...
aku seperti tidak ingin buat apa-apa pun hatta untuk bernafas juga aku sudah letih..
ingin rasanya aku terbang melepaskan diri dari segala perkara di dunia ini...benar-benar aku letih..
mengapa semua ini harus aku lalui? di mana kekuatanku sebagai seorang insan? apa yang telah kau ragut dari diriku sehingga aku merasa hatiku seperti ditikam berulang kali dengan sembilu yang tajam..mengapa tidak kau putus saja hubungan ini jika ia sudah tidak bererti lagi padamu..
dan mengapa hatiku selalu berprasangka padamu..bukankah itu tandanya hati ini sedang dipermainkan..?

Sunday, November 1, 2009

aku risau...

Sukarnya begini...hatiku sudah tak keruan sejak dua tiga hari ini..bagaimana dia?kali akhir dia menghantar sms padaku pada petang jumaat yg lalu, menyatakan sakitnya yg datang berulang lagi. Juga memaklumkan padaku andai tiada perubahan, dia akan dimasukkan ke wad semula. Sejak petang itu, sudah tiada khabar berita. Acap benar aku menelefon namun tiada talian. Aku hantarkan sms namun tiada balasan. Hati ini mula carik..senyumku mula pudar dalam keriuhan. Aku rasa hatiku sunyi dalam riuh rendah orang keliling...kenapa selalu begini...?

Sudah begitu teruk sekalikah sakitnya? Aku jadi makin tidak faham...




-kenapa begini?-

Thursday, October 29, 2009

Semalam kami berbalas sms..dari siang hari hingga ke ke malam. Aku asyik mengusung hp ke sana sini..sehinggakan adikku perasan dan ingin merampas tepon dari aku. Aku tau adik cuma rasa ingin tau apa yang aku dok sms kan..tapi maaflah dik..ini rahsia hatiku.. banyak yang dia luahkan dan kami kongsi bersama. Aku faham perasaannya. Daripada punya segalanya..kini dia bergantung hidup pada rakan2.. kerja takde, duit takde..sakit pulak tu..Dia mengatakan sudah tidak tahu dimana mahu diletakkan muka kerana malu dan segan padaku yg sudi beri bantuan untuk dirinya. Dia berjanji akan menggantikan semula duit2ku setelah dia dapat bekerja semula nanti. Lalu jawabku, ingat aku bagi saje2 ke..dia kena bayar 4 5 kali ganda sebab aku ni kan along...Ketawa besar dia bila aku jawab begitu.. Aku lega dengar dia ketawa..sudah agak lama aku tidak dengar dia ketawa begitu. Aku rindu saat itu. Smsnya kali ini agak berlainan..dia sudah boleh membuat lawak bodoh seperti dulu..dan aku gembira untuknya.

Hari ini dia dapat keluar wad. Pagi tadi dia sms aku dan maklumkan dia yang sudah boleh kuar wad. Aku tanyakan bil hospitalnya. Ada duitkah dia utk bayar bil?jawabnya...bolehlah utk bayar separuh bil. Untuk beli ubat tu fikir lain kali.. Bagaimana hatiku dpat bertahan, lalu aku janji padanya untuk transfer duit bil hospital dan duitnya bolehlah dia beli ubat. Masa aku taip sms itu, kepala otakku sudah berputar memikirkan dimana aku mau cari duit itu.. Lalu aku ambik keputusan utk hutang duit insurans kereta aku yg belum bayar. Biarlah kereta itu tak dapat jalan pun asal dia tak susah. Kereta itu masih boleh guna untuk pegi balik tempat kerja cuma tak boleh pegi jauh sebab takut jumpa peronda.

Petang tadi ada kawan datang rumah. Katanya, pertubuhan nak buat satu pertandingan bowling esok. Sebab tak cukup orang dan takde orang nak main(sebab semua budak kampung yg x penah pegang bola bowling x nak main)jadi aku terpaksa join jugak diorang main bowling esok. Macam mana nak pegi? Kereta bukan boleh jalan dalam bandar sana tu..

Aku masih berfikir...



-Impian indah cuma kekal dalam ilusi jika tanpa usaha merealisasi-

Monday, October 26, 2009

dia sakit lagi...

hari ini dia hantar msg...
"ada kat wad.tkanan darah 140.tinggi sngat.sakit hernia.ada kuman kt paru2.ginjal ada masalah ckit.esok tahu status camne."

sedih aku baca...tapi itu memang dah dijangka..apa yang harus aku buat..perlukah aku ke sana? bukan tidak mau tetapi aku sudah kehabisan duit. semalam aku masukkan duit padanya untuk belanja ubat dan mengurut. bkn byk cuma rm100 je tapi aku cuma ada rm150 jer. baki rm50 itu aku beli top up telefon rm10 dan kongsikan dengannya dan selebihnya utk aku belanja sebulan. mcm mana ni?untuk beli tket ke sana boleh tapi nak beli tket balik dah x cukup.bulan ini budget aku lari teruk..nak kena bayar insurans dan roadtax keta. bil kredit kad belanja raya hari tu pun belum bayar. ansurans keta pun belum bayar. mana duit aku pegi??

buat masa ini aku cuma boleh tunggu dan dgr khabar darinya..



-ku kirimkan rinduku padamu di angin lalu-

Thursday, October 22, 2009

aku rindukannya....

aku...

jam di laptop dah menunjukkan angka 3.52am..tapi aku masih terkebil-kebil di hadapan laptop... otak masih berpusing memikirkannya.. dia berada di melaka bersama keluarga 'angkat'nya itu. katanya dari sabtu hingga selasa...hari ini dia menghantar sms.. katanya belum balik ke kl..

aku....esok aku perlu ke tempat kerja....
sepanjang minggu ini aku tidak dapat bergerak seperti selalu..asyik migrain...terasa seperti ada benda menghimpit kepala..telinga asyik berdesing...kepala terasa panas...mata makin mengecil.. teman-teman asyik bertanya kenapa seperti orang sakit..jawapanku hanya senyuman...tiada apa yang lebih sakit dan derita dari hatiku......



-sepi ....hanya dikau sudi menemani hati ini-

Tuesday, October 20, 2009

dia...dan aku

Aku berjumpa dengannya.

Banyak yang aku ingin tanyakan padanya. Tapi mulut hanya membisu..dia juga tidak menyatakan apa2 padaku..kami seperti dua orang bisu yang berjumpa dan tiada apa yang ingin diperkatakan. Bila memandangnya, aku merasa tiada apa yang lebih penting dari dirinya..Aku jadi takut untuk bertanya padanya..kerana dia juga enggan bercerita dan memberitahu aku apa sebenarnya yang berlaku...sungguh semua ini mengujiku..

Dia berbohong padaku.

Lalu terbuka cerita..dia tak pernah kemana-mana selama ini..lalu kenapa harus berbohong padaku mengatakan dia ke luar negara untuk menjalani terapi..sungguh aku berkecil hati. Semalaman aku menangis..kenapa sampai hati membohongi aku..aku menangis dan menangis kecewa...kecewa pada diri sendiri yang masih tidak mampu membencinya walaupun aku paling benci orang yang bercakap bohong...

Kenapa dia harus bercakap bohong??Apa rahsia yang ingin ditutupnya dariku..?

Aku..?Aku masih begini...mencuba untuk membohongi hatiku sendiri....

Sunday, October 11, 2009

derita hati...

dia sudah kembali..tapi kenapa hati ini masih merasa perit..terasa seperti ada duri yang menyucuk-nyucuk...ntah kenapa..aku merasa dia sudah tidak seperti dulu...atau akukah yang berubah? hati dan perasaanku merinduinya..namun akalku sudah kembali...akalku asyik bertanya...benarkah dia menyayangiku..benarkah semua yang diperkatakannya..benarkah semua ini atau hanya ilusi palsu...aku sudah lelah..penat dalam mengejarmu..aku ingin berehat dari lelah ini...aku ingin pergi jauh darimu agar aku dapat berfikir...benarkah kasihku suci atau ini hanya tuntutan nafsu...benarkah ini cinta atau hanya bisikan halus syaitan....

Andai aku lari..maukah kau mengejarku seperti aku mengejarmu...
Andai aku sembunyi...maukah kau mencariku seperti aku mencarimu...
Andai aku sakit...maukah kau mencarikan ubat untukku...
Andai aku rindu...rindukah jua dikau padaku...
Andai aku pergi....sakitkah dikau menanggung rindu seperti aku menanggung rindu padamu....


Ya Tuhan...andai aku menjadi korban cinta ini..aku mohon padamu..hapuskan rasa cinta ini..agar aku tidak terlalu mengagungkannya melebihi aku mengagungiMu...aku mohon ya Tuhan agar engkau lapangkan dadaku dari segala rasa yang menjeruk perasaan ini...


-cinta agung hanya padaNya yang Satu...-

Saturday, October 10, 2009

dia datang lagi...

Di dalam posting terakhirku pada hari selasa...sudah puas aku berjanji pada diri agar melupakannya. Sudah letih aku menangis memujuk hati agar melupakannya. Aku juga sudah tidak mahu memikirkan dia lagi. Betapa aku tanamkan azam agar diriku tidak lagi merasa sakit bila dia tiada di sisi...

Jam 12.44 tghari.."tret..tret.."bunyi mesej masuk ke dalam telefonku. Aku dengan rasa malas menerebos beg tanganku mencari telefon yang terselit di celahan kertas. Sekali tengok di skrin telefon aku sudah tau siapa yang empunya nombor. Rasa bergetar dalam hati bila membuka dan membaca mesejnya..
"sya bru sampai kl.tak tau nak kata apa.dgn sms u hntr.dgn ym u nga kwn sy.apa
pun.tu hak u.sya tak tahu nak buat apa.orang yg sya syng untuk bgi smgat dah
tiada.
"

Apa maksud dia?Apa maknanya dia tidak tahu nak buat apa?Apa maknanya dia menghantar mesej begitu? Apa maknanya dengan ayat 'tu hak u'? sampai sekarang aku masih memikirkan apa maknanya kata-kata itu...

Seperti biasa...hatiku mula belot..perasaanku mula berbelah bagi dan menyebelahi dia.. perlahan jari mula menekan kekunci telefon dan membalas mesej darinya..runtuh sudah azamku.. airmata turun ke pipi dek kerana rindu padanya..sungguh aku juga tidak mahu semua ini...tapi baru aku tahu begitu sekali aku merinduinya...

Semalam, kami berbual di ym..katanya dia semakin pulih dan bulan hadapan akan kembali bekerja. Aku minta untuk melawatnya..namun dia mohon agar aku sabar kerana dia bukan berada di rumahnya tapi di sebuah kampung dimana semua kenalannya tidak tahu dimana dia berada. Menelefon pun tidak boleh..katanya segan pada tuan rumah..

Aku....pasrah....


-penipu paling besar ialah hatimu sendiri-

Tuesday, October 6, 2009

jodoh...

sudah lama aku menangis dan bertanya kenapa dia buat aku begini...kenapa mesti aku jatuh cinta padanya..kenapa itu..kenapa ini....kenapa..kenapa..kenapa....

pada mula perkenalan..aku tidak tahu kenapa aku amat menyukainya...hingga dia mengujiku dengan 40 hari mengenal cinta..aku amat yakin dialah orangnya..dia bukan orang berharta(masih belajar dan ada title muflis pulak..),dia tak hensem(bukan dalam golongan sedap mata memandang pada pandanganku) tapi aku suka memandangnya..rindu jika tidak melihat wajahnya..merajuk jika dia tidak bercakap denganku...lalu aku simpulkan...aku sudah jatuh cinta padanya...dia bersungguh-sungguh menyatakan bahawa cinta ini bukan hanya maya..tapi akan menjadi realiti... aku tidak tahu kenapa aku percaya padanya..aku seperti sudah lupa segalanya...yang ada cuma dia dalam hatiku..perasaan ini tak pernah aku rasakan sebelum ini..adakah ini namanya cinta??

dia bercerita masalahnya..dan aku mendengar dengan penuh simpati...dia menuturkan janji..dan aku percaya padanya...tidak ada sedetik pun dalam hatiku menyatakan dia akan belot pada janjinya dan meninggalkan aku begini...

owhh..baru aku teringat kenapa aku begitu menyukainya...bagiku dia seorang lelaki yang hebat.. personanya menarikku seperti magnet..

lalu aku andaikan dia jodohku....

dan aku enggan berpisah darinya...dia segalanya bagiku...tanpanya aku merasa hidup ini kelam.. keupayaan berfikirku jadi buntu...yang ada dalam fikiran cuma dia..dia..dia...

hari ini...aku terbaca satu artikel di satu laman web...."beriman pada qadak dan qadar"...
selama aku belum berjumpa dengannya..aku selalu mengingatkan diri..semua yang terjadi adalah dengan kehendakNya...takdirNya..jadi aku harus bersabar...

apabila membaca artikel itu...aku mengandaikan bahawa aku memang ditakdirkan untuk hidup sendirian...dan aku harus terimanya dengan hati yang redha..tiada lagi cinta yang akan mengisi hati nuraniku...dia sudah meninggalkanku dan aku juga tidak dapat menerima orang lain lagi...andai tiada jodoh antara kita..aku akan menerima takdir ini dengan rela...dan aku ucapkan padamu...selamat berbahagia...



-buat dirinya..terima kasih kerana mengizinkan aku menyayangimu dan mengenalkanku apa rasanya bercinta...-
kelakar...lucu...aku rasakan..bila orang yang kita sayang jauhkan diri tapi orang tak ada kaitan langsung datang menanya khabar..kenapa boleh jadi begitu?

orang ini datang ke rumah membaiki talian internet yang aku tak sabar-sabar nak guna dengan harapan dapat berjumpa dengan dia...tapi cerita lain pulak yang timbul. mulanya heran jugak aku kenapa budak ini suka sangat msg pesan itu pesan ini pasal talian telefon. kebetulan pulak sekarang musim hujan, ribut ,petir dan sealanya. aku seperti biasa membalas msgnya dan mengucapkan terima kasih. Keesokan harinya..dia menelefon dan cuba berbual denganku. kerana tidak mahu orang mengatakan aku sombong..aku layan perbualan itu..mungkin juga kerana untuk menghilangkan sedih di hati..keesokannya telefon lagi bercerita mengenai kursus kontraktornya. keesokannya telefon lagi bertanya khabar dan bertanya ada apa yang aku hendak kirim dari kuala lumpur...dalam hatiku aku mengirim agar dia membawa balik kekasih hatiku...

tiba-tiba aku tersedar..apa hal budak ni selalu sangat telefon aku ni??? aku jadi keliru..kenapa rajin benar budak ini menelefon...sedangkan orang yang aku harapkan tidak pernah sekali pun menjawab telefonku hatta menelefonku...

mungkin dia hadir untuk menguji kesetiaanku padamu...yang malangnya..hatiku tidak berinjak walau sedikit pun dari menyayangimu....

ya Allah ya Tuhanku....Seandainya telah engkau catatkan,Dia milikku tercipta buatku.. Satukanlah hatinya dengan hatiku.Titipkanlah kebahagian antara kami..agar kemesraan itu abadi..Dan ya Allah..ya tuhanku yang maha mengasihi..Seiringkanlah kami melayari hidup ini.. Ketepian yang sejahtera dan abadi.Tetapi ya Allah..Seandainya telah engkau takdirkan,dia bukan miliku..Bawalah ia jauh dari pandanganku...Luputkanlah ia dari ingatanku,Dan peliharalah aku dari kekecewaan.Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit..Hilang bersama senja nan merah..agarku bisa bahagia.. Walaupun tanpa bersama dengannya..


Amin...



-cinta sejati sukar di cari..sekali berjumpa,selamanya takkan hilang-

Sunday, October 4, 2009

citer lucu..

Ini ada satu citer yang aku teringin nak kongsi ngan dia..duduk sama2 dan bercerita...alangkah indahnya saat itu...andai sajer dia masih ingat segala cerita yang dikongsikan bersamaku...indahnya saat itu aku rasakan...di kejauhan ini aku mengharapkan ingatannya masih padaku..kerana dalam hatiku dan fikiranku hanya ada dia sehingga aku mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan ingatanku padanya...
satu cara ialah melalui sembang di laman chat Ym..di mana disini juga kami berjumpa buat pertama kali...masihku ingat wajahnya pada saat pertama melihatnya melalui webcam...ku katakan padanya...awak ni bukan macam hero tamil tapi penjahat citer tamil..hehhe..maaf sayang...siapa pun sayang...orang tetap sayang awak...

Ada yang menegurku dan ingin berbual..seperti biasa aku tanyakan profailnya..katanya dia bekerja sebagai doktor di hospital Ipoh..yang menggelikan hatiku..orang ini mengatakan sebelum sebelum dia bekerja sbg doktor dia kerja sebagai pembantu kesihatan(HA)ataupun orang kampung panggil dressar...sakit perut aku gelak sebab teringatkan satu cerita yang pernah di ceritakan rakan sekerja....cerita rakan itu..

ada sorang pakcik ni yang namanya Pak Dollah(bukan nama sebenar..hehehe) anak dia bekerja sebagai pembantu kesihatan di hospital berdekatan. agak lama sudah anaknya bekerja. suatu petang di kedai kopi...jirannya asyik bercerita pasal anak masing-masing..Pak Mat bercerita mengenai anaknya yang baru dinaikkan pangkat menjadi pengurus di sebuah syarikat..dulu anaknya pegawai rendah sahaja katanya..Pak Usop pula menceritakan anaknya yang baru dinaikkan pangkat menjadi sarjan setelah berkhidmat selama 10 tahnun dlm jabatan polis...Sedang leka bercerita tiba-tiba Pak Usop bertanya Pak Dollah anaknya skrang kerja apa...dengan selamba badak..Pak Dollah menjawab.."dulu dia keje dressar..lama dah keje tu..sekarang dah naik pangkat jadi doktor dah rasanya.."

hehehehehe........adesss...adesss... sakit perut aku gelak....




-
gelak tawamu penawar rinduku..-

Saturday, October 3, 2009

sakit itu...

Maaf..aku jadi lupa...semenjak dua menjak ini aku selalu lupa... sepatutnya cerita ini yang patut dipostkan dahulu..but its ok..tetap ada kesinambungannya juga..

Semalam aku cuba membuka peti YM seperti selalu. Sejak line internet aku disambung semula tiga empat hari lepas..Yahoo Messenger aku buat hal..x bleh nak connect..padahal aku beria-ria menelefon TM mintak baiki talian sebab nak masuk YM dengan harapan untuk berjumpa dengannya..dugaan sungguh kurasakan..

Sudah puas aku mencuba login ke YM namun hasilnya tetap sama..akhirnya aku berehat sekejap dan layan game di facebook...itulah kerjaku sambil menjadi penunggu YM..dalam melayan game, aku cuba jugak buat connection dengan YM..tanpa disangka-sangka YM box aku menyala...dan aku lihat id nya juga menyala..Ya Tuhan...hatiku sudah berdebar-debar...aku fikir, aku tak kira dia nak cakap ngan aku ke tak..tapi aku mesti tegur dia dulu...lalu aku bagi salam elok2..(dulu dia penah tegur aku yg tak bagi salam dulu sebelum serang dia dlm YM).."assalamualaikum.." dan dia menjawab salamku...gembiranya aku..tapi sekejap saja.. "siapa ni?"dia tanya...aku terkedu..sudah lupakah dia padaku?
"sorry..saya kawan tuan punya email ni..sapa ni?"tulisan pada screen itu melegakan hatiku.. lalu aku tanyakan pada kawan ini dimana dia berada dan bagaimana keadaannya...jadikah dia menjalani operation yg pernah diberitahu padaku..rupanya dugaan maha berat yang menimpanya...

Sayang...maafkan orang..sakit sayang takkan jadi teruk dan serius begitu sekali jika tidak kerana orang..maafkan orang kerana tidak prihatin...tapi sayang ingat tak airmata yang jatuh dipipi ini di saat-saat kita bersama??saat itu orang begitu takut sakit sayang jadi serius...nampaknya apa yang orang bimbangkan jadi kenyataan..maafkan orang dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...

Dia mengalami strok akibat sakit melampau...airmataku sudah gugur bagai hujan yg turun diluar jendela..apabila kawannya menceritakan apa penyebab sakitnya menjadi serius...bagai tidak cukup airmata aku menangis...semua salahku...SALAHKU...kenapa harus begitu...aku sepatutnya dapat menghalangnya namun aku terlalu lemah...satu malam aku asyik menangis mengenangkan kesilapanku yang hampir meragut nyawa orang yang aku paling sayang....
dan berita demi berita mengenainya yang disampaikan oleh kawannya mengejutkanku...

Berat sungguh dugaanmu sayang...aku mendoakan agar dikau selalu tabah menghadapi semua itu...aku mahu bersamamu menghadapi semua dugaan ini...itu impianku...

Kawannya asyik bertanya siapa aku padanya dan siapa dia padaku..lalu aku jawab padanya...saya adalah orang yang akan sentiasa menantinya dan menyayanginya dan dia pada saya adalah orang yang akan saya tunggu...tapi saya padanya..jawapannya tiada pada saya....
Sebelum kami mengakhiri perbualan...kawannya membuat satu permintaan yang sebenarnya tidak perlu diminta...

"Awak...saya minta supaya awak jangan tinggalkannya...sayangilah dia kerana dia amat memerlukannya sekarang..."

Bukankah itu yang aku sedang buat sekarang??



-cintakah ini andai tiada maaf bagi kesalahan hati yang merinduimu..-

hati ini...

Hari ini aku menangis lagi...semalam menangis..kemarin dulu menangis...sudah hampir lebih sebulan aku begini...akibatnya aku kehilangan suara..demam rinduku sudah bertukar menjadi selsema yang berpanjangan...

Adakah ini rasanya mencintai seseorang? bukankah rasa cinta itu sepatutnya membuatkan seseorang merasa bahagia dan sentiasa gembira? tapi aku tahu ini hanya dugaan..seperti mana juga kau diduga..hanya padaNya saja kita berserah..anggap ini sebagai balasan dan hukuman diatas dosa-dosa yang kita lakukan..

Setelah lebih dari sebulan aku mendail nombornya..menghantar msg padanya...akhirnya petang tadi dia menjawab telefon. itu pun kerana aku gunakan telefon rumah..mulanya bagaikan tidak percaya mendengar suaranya ditambah dengan cerita kawannya mengatakan telefonnya sepupunya yang pegang...tanpa sedar aku asyik bertanya siapa dia..suaranya lain kurasakan.. mesra tapi tidak seperti selalu yang bercakap denganku..menguatkan keliruku..beberapa ketika selepas itu aku merasa yakin bahawa dia yang bercakap denganku...airmata aku mula luruh tanpa aku sedar..suaraku sudah mulai kabur dengan isakan...aku juga tidak sedar bila aku mula menangis..aku juga tidak sedar apa yang aku ucapkan..marahkan aku padanya ketika itu?apa nada dan perkataan yang aku gunakan saat itu sehingga dia meletakkan telefon dan enggan bercakap denganku lagi...sedarkah dia bahawa aku ini sakit menanggung rindu padanya... bukan emas permata yang aku pinta, cuma sekadar ingin bercakap dan bercerita padanya... menanyakan khabarnya...menjadi pendengar setia cerita-ceritanya seperti selalu dan aku hanya ingin berada disampingnya...

setiap kali aku membuka YM...aku menjadi penunggu setia..menanti kehadirannya..merindui saat untuk berbual dan bersembang dengannya...rindunya aku pada senyumannya..matanya.. suaranya...dan semua yang ada padanya... adakah dia juga merindui aku??
bagaimana mungkin dapat aku tau...




-cintakah itu andai hati merasa dibawa pergi..-

Thursday, October 1, 2009

kenapa...

sudah lebih dari sebulan aku tidak menjengah kesini...problem ngan modem setting..
selain itu aku juga masih keliru..setiap hari hanya satu perkataan di dalam kepalaku..KENAPA?
kenapa dia buat aku begini...meninggalkanku tanpa sepatah kata...mendiamkan diri tanpa sebab.. seksanya aku menunggu jawapan darinya namun tiada jawapan yang ku terima..beratus kali aku dail nombornya...ku hantar puluhan sms..merayu dia menyatakan kenapa dia buat aku begini namun dia tidak pernah membalas pertanyaanku..lalu bagaimana harus aku lakukan..

keluarga sudah bertanya..jadi ke tak jadi dia datang bertandang..apa yang aku harus jawab..hanya airmata sahaja yang dapat menjawab pertanyaan mereka..mek, hanya engkau yang faham..sepatah pun tidak kau tanya pasal dirinya..kerana mek faham resah hatiku sekarang.. bagaimana harus aku hadapi semua ini..sedangkan setiap hari hatiku bertanya apa salahku tiba-tiba ditinggal begini...

serasanya baru sekejap kau ucapkan sayang dan cintamu padaku..apa yang merubah hatimu? aku tidak percaya jika kau ada orang lain dalam hidupmu..aku tidak percaya dan aku tidak mahu percaya...setiap hari aku memohon kau kasihankan diriku dan menyatakan apa yang sebenarnya namun rayuanku sia-sia..umpama mencurah air ke daun keladi..tiada satu pun kata-kataku yang dapat menyentuh hatimu..apa yang harus aku buat?

kau pergi tinggalkan aku tanpa sepatah kata..tanpa menyatakan apa salahku..apa masalahmu.. atau apa sahaja alasannya yang kau gunakan untuk tinggalkan aku...

apa pun yang terjadi aku cuma mahu tahu KENAPA??



-cintakah itu jika ia membutakan mata dan hati-

Sunday, August 23, 2009

cerita itu..

semangat menulis aku sudah datang...lebih baik aku menulis sementara jari aku masih rajin menekan keyboard..jangan pula sampai aku sudah merasa malas dan lupa akan cerita itu...

tiga empat hari lepas mek masuk ke bilikku dan bercerita..katanya, makcik limah, jiran di kampungku, datang ke rumah semasa aku di tempat kerja..dia datang bertanya dan ingin menjadi telangkai jika aku tidak ada berjanji dengan sesiapa..kata mek, diriku sudah berkawan dengan seseorang..aku diam saja mendengar cerita mek..terima kasih mek kerana menjawab bagi pihakku. namun begitu jauh di sudut hatiku, aku merasakan jika mek ingin aku menerima risikan makcik ini, aku akan terima..mungkin sesiapa pun akan merasa hairan mengapa aku begini..sedangkan semua tahu hati ini hanya menjadi milikmu seorang..mungkin aku sudah merasa penat dalam penantian ini...
lalu aku sampaikan cerita ini kepada dia..jawabnya,nanti sesaklah jalan didepan rumahku dengan orang yang beratur ingin masuk meminangku..sinis sungguh jawapan dia..sungguh aku terasa hati.. ingin saja aku menutup chat box dan melupakan dia...namun kata-katanya selepas itu bagai hujan yang membasahi tanah gersang menyejukkan hati yang sedang parah..."bie, awak hanya dengan saya..jangan ragui itu dan saya pohon kesabaran awak"...
lalu apa yang harus aku jawab sedangkan masa sedang menghambatku...haruskan aku sabar menunggu untuk kesekian kali ini...



-rindu ini membelah jiwa..membekam rasa...-

mek..

malasnya aku...sudah beberapa hari aku tidak menulis di sini.setiap malam aku membuka blog tapi hanya merayau dari blog ke blog..ingin menulis tetapi jari jemari terasa malas, otak pun memang malas nak menjana perkataan dan idea..ini semua kerana rasa betapa tidak bagusnya aku menulis.. menulis sekadar untuk melepaskan segala rasa hati..ingin diceritakan kepada sahabat..aku tidak punya sahabat baik yang boleh berkongsi cerita suka dan duka..sahabat yang paling dekat denganku ialah ibu dan adik-adik..segannya mahu berkongsi perasaan hati ini dengan ibu..oleh itu hanya disini aku boleh mencurah segala perasaan walau segila mana pun...tentu saja tidak ada yang akan memberikan penghakiman.. namun begitu. terima kasih mek..kerana sudi mendengar cerita-cerita yang keluar dari mulut anakmu ini..dan maafkan aku ibu tersayang kerana membebankan hatimu dengan segala kerunsingan..aku sedar diri ini yang menjadi bebanan perasaanmu dek kerana status yang tidak pernah berganjak walau usia makin bertambah..aku dapat melihat kegembiraanmu apabila ada yang sudi berkawan dengan anakmu yang serba kekurangan ini..namun ibu aku berjanji padamu, aku hanya memilih orang akan kau sukai bukan sebaliknya... namun satu yang perlu mek ingat, jodoh ini bukan di tangan kita..hanya Allah saja yang Maha Mengetahui..

terima kasih mek..kerana memahami..


-kasihmu ibu tak dapat digalang ganti..-

Wednesday, August 19, 2009

baju melayu baru..

masa ku rasakan sungguh lambat berlalu...sudah tiga minggu aku tidak bertemu dengannya. ketibaan bulan yang mulia nanti aku harapkan akan membawa perubahan pada kami..
semalam aku telah membelikannya sepasang baju melayu berwarna hijau..aku tidak tahu dia akan suka atau tidak dengan warna yang telah aku pilih..katanya tak mengapa asalkan padaku nampak cantik..dia akan suka..betul ke mcm tu?atau sekadar mahu menjaga hatiku..aku tidak sabar2 mahu menunggu kepulangannya nanti..mau melihat reaksinya melihat baju melayu yang aku beli untuknya...

aku rindukan dia...



-rinduku..rindumu jua..benarkah itu?-

Monday, August 17, 2009

dugaan..

airmata ini jatuh lagi...mengapa harus begini..hati merusuh dan tidak tenang...apa yang harusku lakukan..dia dalam kesusahan.berkongsi masalah tapi menolak utk ditolong..katanya tidak mau dikata orang mengambil kesempatan..dugaan yang maha hebat ini menyebabkan dia terpaksa berumah di hospital. betapa sedih hati ini mendengar khabar sedih ini..mau dijenguk ditegahnya..tunggu aje di sana,nanti dia balik bila dah sihat..itu aje katanya. sikit pun dia tak perasan ke hati ini yg menggeletak mahu ke sana menemaninya dan paling-paling kurang dapat melegakan sedikit rasa sakitnya dgn senyuman..

hari ini dia keluar dari hospital dengan alasan mahu menyelesaikan masalah yang ditanggung.. diri ini risau mengenangkannya yang tidak sihat terpaksa berkejar kesana ke mari untuk menyelesaikan urusan. sungguh diri ini terasa ingin terbang ke sana membantunya. namun banyak sungguh halangan dan kekangan. paling memilukan hatiku bila dia menghantar sms nombor polisi insuransnya...pesannya..jika apa-apa berlaku padanya,hanya itu saje yang dapat ditinggalkannya sebagai tanda kasihnya padaku..aku menangis..mengapa harus sampai begini... susahnya bila dia tiada di depan mataku. aku jadi hilang arah..dalam fikiran terfikir,seteruk mana sakitnya..selama ini aku sangkakan hanyalah demam biasa..ya Tuhan,selamatkanlah dirinya..jauhkanlah dia dari segala musibah..dan kumohon agar impian kami akan tercapai..
Amin..



-cintakah itu andai sakitmu di badan terasanya di hatiku-

Thursday, August 13, 2009

aku dan dia

hehehehe...gaduh...gaduh..gaduh...
kadang2 aku terlupa dia juga sama sifatnya ngan aku...sama2 anak ke3..sama2 unsur api..dulu dia pernah kata aku ini suka marah2..dan dia akan diam bila aku marah..
maka betul laa dia diam ajer bila aku marah..sms x dibalasnya..tepon pun x dijawab..btul2 mendiamkan diri...sakit hati aku makin bertambah...mcm2 dah aku kata...dia tetap diam.. selepas 24 jam..dia sms aku bagaikan tiada perkara yg berlaku....ku reply msgnya lambat2 sehingga dia kata"x abis lagi ke? penat tunggu..dah rindu kat bie ni". sungguh aku geram padanya yg tidak prihatin..tetapi dlm masa aku marah, rindu terhadapnya menggunung...
kesian dia..malam ini jatuh sakit..batuk2 dan demam..aku sempat menulis disini sbb dia sibuk ngan sinkinya..(muntah2)..nak pegi tepuk blakang legakan muntahnya pun x bleh sbb jarak yg memisahkan kami..sayang..maafkan bie ye..sbb x dpt nak bantu time ayang susah.....

byk lagi nk cite tp dah ngantuk



-cintakah itu andai amarahnya bergulung ombak rindu-

Sunday, August 9, 2009

this is how my heart feel tonight.....

Just Walk Away (Celine Dion)

I know I never loved this way before
And no one else has loved me more
With you I've laughed and cried
I have lived and died
What I wouldn't do just to be with you

I know I must forget you and go on
I can't hold back my tears too long
Though life won't be the same
I've got to take the blame
And find the strenght I need to let you go

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know
Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away

There'll never be a moment I'll regret
I've loved you since the day we met
For all the love you gave
And all the love we made
I know I've got to find the strenght to say

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know
Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away



aku sakit hatiiiiii dgn diaaa....

Tuesday, July 28, 2009

satu lagi hari yang meresahkan...

Sudah tiga hari dia menghilangkan diri tanpa kata bicara..tiada panggilan telefon,sms maupun menjengah muka di pintu rumah.Aku jadi panasaran. bagaimana dengan janjinya mau berkunjung ke rumah berjumpa mek. Aku jadi malu pada mek, adik2 dan kakak yang asyik bertanya jadi ke tidak dia datang. Dari semalam aku cuba hubunginya namun talian tetap ditutup. Kenapa harus menutup talian telefon? Adakah tiada rasa rindunya padaku sebagaimana menggunungnya rasa rinduku padanya? Adakah aku cuma bertepuk sebelah tangan? Lalu mengapa harus dia melafazkan kata cinta dan berjanji mau berkongsi hidup denganku selama ini? Aku tidak faham. Jika benar dia ingin menipu hatiku..apa yang bakal dia perolehi? Aku tidak punya apa2..rupa mau pun harta yang dia boleh jadikan piala kejayaannya menipuku..lalu apa yang menyebabkannya dia bersikap sebegini? Adakah dia punya dendam terhadap perempuan? Lalu mengapa jadikan aku mangsanya sedangkan aku seikhlas hati menyayanginya..
Semakin aku memikirkannya..semakin aku tidak faham..tidak faham hatinya..dan sekarang aku kecewa dengan hatiku..aku tidak seharusnya membuka hati..sudah cukup selama ini hati ini disakiti. Tapi kenapa masih tidak merasa serik dalam menghitung harapan..Sepatutnya aku sudah berhenti berharap 5 tahun dahulu bila diri di dustai..tapi aku masih bersangka baik pada manusia bernama lelaki..tidak semuanya berhati serong seperti mereka yang mendorong aku ke gaung nestapa..namun yang aku ketemui semuanya sama..suka bermain dengan perasaanku... mungkinkah kerana aku terlalu berlembut? menerima sahaja apa yang mereka putuskan tanpa bangkangan..

Mungkinkah aku harus menoktahkan derita hati ini. Menutup pintu hati buat selamanya pada insan bernama Lelaki..andai Tuhan masih sayangkan aku..peliharakanlah hatiku agar aku sentiasa menjadi kuat dalam menempuh segala dugaan ini...



-cintakah itu andai keliru masih menguasai diri-

mencari damai di hati..

Hati terasa resah..gelisah..dan tidak keruan..semua ini gara2 seseorang yang tidak tahu menjaga hati. Apa benar dia benar2 ingin membahagiakanku? Aku tidak pasti..apa benar dia benar2 menyayangiku?tapi apa buktinya?aku masih dalam keliru..dalam ketidakpastian apa sebenarnya yang dia mahu dariku? rasanya segalanya telah kuberikan kepadanya...

Mungkin semua ini silapku sendiri..terlalu mudah memberi apa yang dia inginkan dan menerima apa yang diberikannya. Aku menjadi pemurah dengannya sedangkan aku menjadi terlalu lokek pada diri sendiri. Aku merasa jalan yang aku pilih sudah makin hampir ke penghujung..apa yang perlu aku buat bila kami sudah sampai ke jalan mati..tiada penyelesaiannya lagi. apa harus aku melupakan semua ini dan bermula sekali lagi..?
Aku sebenarnya sudah penat. Penat bermain dengan rasa hati yang bercampur2... Penat dengan rasa sakitnya terluka, penat untuk menangis lagi sebuah kehilangan... aku cuma inginkan kedamaian..ketenangan..rasa dicintai dan mencintai.. Jika ini semua susah untuk aku dapat..aku rela hidup sendiri.
Sepanjang perjalanan ini, ini rasanya pertama kali aku seikhlas hati membuka hati menerima segala kekurangan orang lain dan menggantungkan harapan setinggi awan biru..mengharapkan kebahagiaan akan menghujani diriku. Aku sememangnya ingin terus menutup hati dan membiarkan ia kering dari siraman kasih sayang namun begitu aku kalah..dan hati kecilku memutuskan untuk memberi peluang terakhir..no more after this..sekali ini,sekali lagi hati ini retak..tiada apa lagi yang dapat mencantumkannya kembali..Ya Allah..lindungilah kami hamba2 Mu yang lemah ini...
Dalam kalut hati ini mencari cinta..mengorbankan damai di hati..tanpa disedari, semakin hampir cinta di kejar..semakin laju ia meninggalkan kita..aku menjadi lemah..haruskan aku tinggalkan semua ini demi damai di hati?



-cinta umpama bayang-bayang...usah dikejar...ia datang sendiri-

Monday, July 27, 2009

sakit perut...

Aduhss...perutku sakit..perut aku meragam sejak dari semalam..sebenarnya hari sebelum tu lagi perutku terasa tidak selesa tapi semalam perutku kembung yang amat..angin naik ke belakang dan mencucuk2 tulang belikatku..sakitnyaaa...rasa nak nangis. Aku bakar tungku(yg org bersalin pakai tu)dan tekan kat perut dan betis..rasa lega sekejap..Alhamdulillah.Hari ni, perut aku memulas dan kena dehydrea laa pulak..what a pity me! pegi keje pun dah lambat dan tumb print pun dah merah..kesiannn akuu..bersabar laa..nak amik mc alang2 ajer..bukannyer sakit sampai x bleh bangun..
Bila sakit,kita selalu merasa betapa kecilnya kita..tiada apa yang dapat mengubat sakit tanpa keredhaan dariNya..sejauh mana kita berusaha untuk mengurangkan sakit namun jika tidak diperkenankanNya tidak akan kurang walau sedikit pun...ini lah beza makhluk dan Penciptanya. Aku percaya sakit hanya untuk menguji kesabaran..lagi pun sakit perut ini kecil saje berbanding sakit2 lain yang lebih kronik.



-sakit menghapuskan dosa?-

Saturday, July 25, 2009

durian..oh..durian

Apa sudah jadi pada janji2 ku pada diri sendiri..aku berjanji untuk menulis di blog ini setiap hari tapi itu juga aku tidak mampu untuk lakukannya...setiap hari aku sibuk melayan angan dan angauku hingga tidak punya masa untuk menulis..hehehe...maaf laa..
hari ini aku jalan2 cari makan..bukan cari kedai makan tetapi cari buah durian(xde pokok sendiri). kesian Jen balik hujung minggu semata2 nak makan durian. aku kesian bangat sama dia sbb ingat dia maybe tak bleh makan durian lagi dah thn depan..ya laaa mana nak cari durian kat aussie...kalau nak makan durian jugak dia kena tunggu 3 tahun lagi baru bleh makan..so aku pun susah payah laa cari durian hari ni. esok dia dah nak balik penang..setelah memandu sambil melilau2 sepanjang jalan pilih mana satu gerai durian nak berenti..at last aku pilih gerai di hujung jalan(selepas penat nak drive sambil menjeling)..pointed my finger kat selonggok durian di depan mata, bayar then balik melahap durian bersama2 mek,jen,yayah and baby firah(baru 8 bln dah mkn durian..haiii my niece ni kuat mkn)..

sebenarnya aku dah minta orang itu bawakan durian ke rumah kami(sbb dia ada dusun)..alih2 dia balik kg bukan kerana nak makan durian or nak hantar durian..nak pegi pattani laa pulak. what happen to my durian??he say"ayang beli kat tepi jaley je laa..x dam nak gi kutip"huhuhuhu...susah betul laa org ini..but whatever pun i'll always love u..have save journey there..


-rindu itu umpama rimbunan dedaun..biar pun gugur namun ada yg menggantinya-

Monday, July 20, 2009

kata pertama

salam..
Sebuah langkah pertama yang aku kira cukup sukar untuk aku mulakan. Semuanya kerana rasa tidak yakin diri. Tidak yakin dengan kemampuan sendiri untuk menulis di sini dan tidak pasti apa yang mahu diceritakan di sini. Banyak blog yang aku lawati dan baca. Ada yang seronok dan ada yang kurang seronok. Setelah bertahun-tahun hanya melihat dan membaca hasil tulisan orang lain, aku juga punya keinginan untuk menyatakan sesuatu di sini bagi kepuasan sendiri. Apa topik yang akan aku tulis pun aku belum dapat fikir. Mungkin titipan nukilanku juga seperti hidup yang aku lalui...biasa2 saje..tiada yang istimewa. Dengan umur yang sudah melebihi 30 tahun ini..semestinya sudah banyak perkara yang aku lalui. Dengan begini banyak pengalaman, aku seharusnya sudah dapat berfikir secara matang. Namun begitu, adakalanya aku tersepak dan tersadung dalam menjalani hidup ini. Pengajaran yang paling utama ialah hidup ini tidak selalu indah dan tidak juga sentiasa muram..dan yang paling dapat diharap untuk membasuh luka lama ialah masa...mungkin ada luka yang perlukan masa yang lama dan ada gurisan hati yang dapat dilupai dalam sekejapan masa.
Pengalaman yang dilalui untuk mendewasakan hidup bukan sesuatu yang mudah untuk kita lalui. Ada yang kita senangi dan ada yang kita benci. Aku juga pernah jatuh ke gaung nestapa namun kini aku sudah berupaya untuk kembali mendaki bahagia..