hati ini pernah sarat dengan kerinduan terhadap dirinya..
hati ini pernah terluka kerana dirinya..
hati ini juga pernah sarat dengan duka kenangan bersamanya..
namun hati ini masih kuat untuk menahannya..
saat ini..
ku lepaskan ia pergi..
hati merasa damai..
tiada lagi duka dan tiada lagi tangisan..
saat ini
baru aku mengerti makna sebuah kemaafan..
manisnya ia kerana hati mula berbunga kembali..
mengharap agar ada sinar harapan yang sudi singgah di hati ini..
Saturday, September 25, 2010
Friday, September 24, 2010
a new me..
salam..
hahahaha...tak sangka btul aku kerana masih dapat bangun dan berdiri gah setelah apa yg berlaku hampir setahun yg lalu...jiwa aku hampir punah dan terpenjara dalam sengsara...semuanya gara2 dia menghilangkan diri dan meninggalkan aku dalam kecelaruan jiwa..apa lagi yang boleh aku buat selain menangis dan menangis...aku menangis umpama tiada lagi esok untuk aku..tiada lagi insan lain yg akan datang merawat luka...kesian diriku...begitu sekali mempercayainya sedangkan dia hanya bermain dgn perasaanku..
kini setelah berbulan2 aku berlawan dengan perasaan dan airmata..akhirnya aku menjadi aku yang baru..yang punya pandangan yg berlainan mengenai makna hidup ini..terima kasih ya Allah kerana telah menemukan aku penawar untuk segala kecelaruan dalam hati..kini aku tidak lagi merinduinya..ingatan padanya seakan ditiup angin lalu..pergi bersama alunan memori lama.. namun hati masih terasa sendu andai melihat insan yg semirip dia..
kini aku telah membuka pintu hati utk yg lain namun sepanjang ramadhan ini banyak pula yg datang menggamit..ntah laaa..biarlah urusan itu aku serahkan kembali kepada yang maha Hak..
~dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali~

Friday, January 22, 2010
Tuesday, January 19, 2010
erti tawa ini...
salam...
Hari ini seorang kawan menegurku..."kuatnya gelak..dari tadi asyik gelak je.." dan tegurannya aku sambut dengan senyuman. Dalam hati aku sedar, sejak kebelakangan ini aku banyak ketawa di depan rakan dan keluarga.

Namun begitu, disaat aku meletakkan jemari di atas papan kekunci ini, air mata sudah mengalir laju. Begini seksakah hatiku sebenarnya? Mengapakah aku bersembunyi di sebalik riuh tawa dan senyuman manis itu? Mengapa semakin pedih aku rasa semakin galak tawa ini ku dengari...
Adakah aku ingin mengubat hati dengan tawa ini atau aku ingin sembunyikannya??
Sungguh aku harus mencuba untuk mengusirnya pergi. Biar dia hilang dibawa arus masa..tapi aku tahu, luka hatiku mungkin sembuh namun parutnya tetap ada.
Kelmarin aku mencuba berjumpa orang baru. Seorang kawan yang pernah aku katakan tidak suatu masa dulu. Aku ingin menilai semula dirinya. Namun begitu ternyata hatiku tetap menolaknya. Hati ini tetap berpihak pada Dia...sungguh tidak adil aku rasakan..adakah aku tidak lagi layak untuk merasa bahagia walau dengan yang lain...hatiku enggan menerima dan menutup kemas pintunya untuk yang lain..
Aku ingin meneruskan hidup ini tanpamu..tanpa kenanganmu..
Namun di setiap penjuru yang aku lalui, akan selalu terlihat bayanganmu... lelah aku lari dari kenangan bersamamu, namun ingatan itu tetap terpahat dalam hatiku dan menjadi bayangan buatku...bagaimana harus aku membuangnya jauh hingga ke ufuk sana supaya ia tidak lagi kembali padaku...?
~inginku berlari ke kaki pelangi andai bahagia itu berada disana..~

Sunday, January 17, 2010
rindu ini...
hi...
sungguh aku tak ingin..betul-betul aku tak mahu merinduinya lagi...aku ingin melupakannya dan mengusir jauh segala kata janjinya padaku dahulu. Aku tidak mahu hidup dipenjara janji manisnya...
Namun hati ini terlalu degil...bayangannya masih bertabir diruang mataku..masih bergentayangan kenangan-kenangan bersamanya..mengapa tidak semua kenangan dan bayangan ini pergi bersamanya...tinggalkan aku dalam sunyi dan sepi ini..tinggalkan aku dalam luka hati ini...
Bagaimana bisa untuk aku merawat luka andai hirisan memori masih bermain dalam hatiku? Bagaimana bisa aku mengubat duka andai saja kenangan enggan pergi dari memoriku...sungguh aku merasa begitu tersiksa dengan ketidakadilan ini..Kenapa dengan mudah dia dapat melupakanku sedang aku berjerih perit hanya untuk melupakan walau seminit cuma... Kecewakah hatiku? Adakah aku kini insan yang semakin patah hatinya....bagaimana aku mau merawat jiwa yang semakin kering ini...
~derap hati umpama bertatih diatas kerikil..getirnya bila terluka~

Friday, January 15, 2010
selamat tahun baru..
salam...
Selamat tahun baru untuk diriku dan dirinya walau dimana saja dia berada. Aku tau tiada siapa yang sudi membaca coretan ini namun aku merasa itu tidak apa-apa kerana yang penting disini aku boleh meluahkan segala rintihan di dalam hati. Aku boleh menulis setiap apa yang terbuku dihati tanpa dihakimi oleh sesiapa.
Sudah agak lama aku tidak menulis disini. Mungkin kerana tiada luang masa yang membolehkan aku meluahkan rasa disini atau aku tidak terlalu merasa akan pedihnya kerana dikelilingi keluarga yang sentiasa riuh rendah dengan pelbagai ragam sepanjang akhir tahun lepas. Namun begitu, aku acap kali merasa sepi dalam keriuhan anak-anak saudara ku yang masih kecil. Tanpa disedari mata terasa berpasir dan titik airmata jatuh ke pipi tatkala aku tiba-tiba teringat akan dirinya. Aku tidak dapat menahan sedih dan pedihnya hati ini.
Selalunya aku bicara sendiri "mengapa dia menyepi?" "apakah salahku sehingga dia membuat aku derita begini? atau ini adalah hukuman diatas segala dosaku?" Acap kali aku menyalahkan diri kerana kebodohan diri sendiri yang terlalu mempercayainya. Apabila aku merenung balik saat-saat bersamanya..sesungguhnya aku tidak kenal siapa dia sebenarnya..
Akhirnya aku sedar..apa yang berlaku ini semua takdir Tuhan..dan aku sentiasa percaya akan ada rahmat disebalik semua yang terjadi..andai dia dapat membaca tulisanku ini aku berdoa agar dia sentiasa bahagia kerana aku tidak mungkin dapat membuang rasa cinta ini walaupun ia hanya dusta baginya...
doakan agar aku jua bahagia walaupun ia sukar digapai....
~cinta khayalan hanya akan hidup di dunia khayalan~

Subscribe to:
Comments (Atom)