Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 3, 2011

aku lagi....

urmmm....memang malas untuk menulis. entah mengapa pun tak tahu laa..mungkin perasaan aku yang tidak keruan menjadikan aku malas untuk menulis. Mungkin juga kerana aku terlalu sibuk memikirkan benda lain yang lebih penting. Starting a business is not easy even its a small business. Duit dah kopak dan semua barang kemas pun dah masuk pajak gadai..huhuhu..something yg i cannot believe that i do that..

When its about money, aku jadi teringat pada dia. Dia pernah susah dan aku bantu dengan seikhlas hati. Tidak sanggup mendengar org yg kita sayang merasa susah. Namun, bila aku berada dalam kesusahan begini, tiada yg sudi membantu. Dia juga hilang kemana. Janji utk memulangkan semula duit yg dipinjam juga hanya tinggal janji. Tidak mengapalah, aku pun tidak mahu memikirkan pasal itu lagi. Bab duit ini juga menyebabkan aku terfikir pasal bekas tunang sekejap aku dulu. Andai aku kawin dgnnya, maybe masalah duit bukan suatu masalah. Aku boleh saja minta dia sponsor segalanya utk kedai aku ini. Tetapi bila hati tidak suka, duit bertimbun pun tidak dipandang. Kesian x-tunang, dua minggu aje bertunang. Tapi bukan salahku tali pertunangan itu putus. Semuanya kerana familynya. Aku bagai orang mengantuk disorongkan bantal bila familynya buat hal. Tanpa fikir panjang terus break the engagement. Horrayyyyyy!!!!!

Kesian dia.

Tapi aku juga kesiankan diriku. Aku tidak boleh hidup dgn org yg sebegitu. Dgn keluarga yg begitu juga. Syukur aku tidak masuk ke dalam keluarga itu. Kakakku penah bertanya, tidak menyesalkah aku melepaskan pertunangan itu kerana itu bermakna aku melepaskan kereta mewah, rumah mewah dan hidup yang senang??
Jawabku, aku tidak akan pernah menyesal..kerana aku tahu semua itu tidak akan membahagiakan aku..
walaupun hidup aku sekarang serba kurang, tetapi aku tetap redha. Kerana aku tahu suatu hari kelak, aku juga pasti akan bahagia.

Ya Tuhan,
aku mohon padaMu,
agar sentiasa memberikan aku rasa bahagia
dgn segala apa yg Engkau kurniakan.
Agar aku tidak merasa keseorangan di dunia ini...



Saturday, March 19, 2011

Sudah agak lama aku tidak berbicara disini. Mungkin juga kerana hati tidak terlalu merusuh dgn hiba dan duka. Mungkin juga aku sudah terlupa bahawa aku punya satu medium untuk meluahkan segala rasa hati. Atau mungkin jua jejari ini sudah lelah untuk mengetuk keyboard..sesuatu yg tidak mungkin itu..ehehhehe...yang pasti kerana aku tidak lagi mahu mengikut lara hati. Dunia ini bukan hanya ada dirinya. Dan aku juga harus meneruskan hidup sendirian. Mungkin juga cintaku sudah tidak sepenuhnya pada dia. Aku tersenyum sendiri membaca kembali ayat-ayat cinta luahan hatiku didalam post-post yang pernah aku tulis disini. Bagai tidak percaya, aku mampu menulis ayat-ayat puitis itu. Tapi mungkin cinta itu telah mengubah diriku.


Pada malam ini, aku ingin bercerita apa yang telah berlaku sepanjang aku tidak menulis disini. Mungkin esok atau lusa aku akan kembali membaca blog ini dan mengenang kembali peristiwa yg sudah aku lalui. Semua ini berlaku bukan diusia remaja seperti org lain tetapi diusia yg sudah matang. Yang banyak cuma angka tetapi aku masih seperti remaja yang masih dangkal akalnya. Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan serta ujian yg tidak dapat dilepasi..hanya Allah yang dapat menilai.

hurmmm...rasa malas tiba2 menyerang...cerita itu aku akan sambung esok... :)