aku...
rindu.....
dia......
....
Friday, January 22, 2010
Tuesday, January 19, 2010
erti tawa ini...
salam...
Hari ini seorang kawan menegurku..."kuatnya gelak..dari tadi asyik gelak je.." dan tegurannya aku sambut dengan senyuman. Dalam hati aku sedar, sejak kebelakangan ini aku banyak ketawa di depan rakan dan keluarga.

Namun begitu, disaat aku meletakkan jemari di atas papan kekunci ini, air mata sudah mengalir laju. Begini seksakah hatiku sebenarnya? Mengapakah aku bersembunyi di sebalik riuh tawa dan senyuman manis itu? Mengapa semakin pedih aku rasa semakin galak tawa ini ku dengari...
Adakah aku ingin mengubat hati dengan tawa ini atau aku ingin sembunyikannya??
Sungguh aku harus mencuba untuk mengusirnya pergi. Biar dia hilang dibawa arus masa..tapi aku tahu, luka hatiku mungkin sembuh namun parutnya tetap ada.
Kelmarin aku mencuba berjumpa orang baru. Seorang kawan yang pernah aku katakan tidak suatu masa dulu. Aku ingin menilai semula dirinya. Namun begitu ternyata hatiku tetap menolaknya. Hati ini tetap berpihak pada Dia...sungguh tidak adil aku rasakan..adakah aku tidak lagi layak untuk merasa bahagia walau dengan yang lain...hatiku enggan menerima dan menutup kemas pintunya untuk yang lain..
Aku ingin meneruskan hidup ini tanpamu..tanpa kenanganmu..
Namun di setiap penjuru yang aku lalui, akan selalu terlihat bayanganmu... lelah aku lari dari kenangan bersamamu, namun ingatan itu tetap terpahat dalam hatiku dan menjadi bayangan buatku...bagaimana harus aku membuangnya jauh hingga ke ufuk sana supaya ia tidak lagi kembali padaku...?
~inginku berlari ke kaki pelangi andai bahagia itu berada disana..~

Sunday, January 17, 2010
rindu ini...
hi...
sungguh aku tak ingin..betul-betul aku tak mahu merinduinya lagi...aku ingin melupakannya dan mengusir jauh segala kata janjinya padaku dahulu. Aku tidak mahu hidup dipenjara janji manisnya...
Namun hati ini terlalu degil...bayangannya masih bertabir diruang mataku..masih bergentayangan kenangan-kenangan bersamanya..mengapa tidak semua kenangan dan bayangan ini pergi bersamanya...tinggalkan aku dalam sunyi dan sepi ini..tinggalkan aku dalam luka hati ini...
Bagaimana bisa untuk aku merawat luka andai hirisan memori masih bermain dalam hatiku? Bagaimana bisa aku mengubat duka andai saja kenangan enggan pergi dari memoriku...sungguh aku merasa begitu tersiksa dengan ketidakadilan ini..Kenapa dengan mudah dia dapat melupakanku sedang aku berjerih perit hanya untuk melupakan walau seminit cuma... Kecewakah hatiku? Adakah aku kini insan yang semakin patah hatinya....bagaimana aku mau merawat jiwa yang semakin kering ini...
~derap hati umpama bertatih diatas kerikil..getirnya bila terluka~

Friday, January 15, 2010
selamat tahun baru..
salam...
Selamat tahun baru untuk diriku dan dirinya walau dimana saja dia berada. Aku tau tiada siapa yang sudi membaca coretan ini namun aku merasa itu tidak apa-apa kerana yang penting disini aku boleh meluahkan segala rintihan di dalam hati. Aku boleh menulis setiap apa yang terbuku dihati tanpa dihakimi oleh sesiapa.
Sudah agak lama aku tidak menulis disini. Mungkin kerana tiada luang masa yang membolehkan aku meluahkan rasa disini atau aku tidak terlalu merasa akan pedihnya kerana dikelilingi keluarga yang sentiasa riuh rendah dengan pelbagai ragam sepanjang akhir tahun lepas. Namun begitu, aku acap kali merasa sepi dalam keriuhan anak-anak saudara ku yang masih kecil. Tanpa disedari mata terasa berpasir dan titik airmata jatuh ke pipi tatkala aku tiba-tiba teringat akan dirinya. Aku tidak dapat menahan sedih dan pedihnya hati ini.
Selalunya aku bicara sendiri "mengapa dia menyepi?" "apakah salahku sehingga dia membuat aku derita begini? atau ini adalah hukuman diatas segala dosaku?" Acap kali aku menyalahkan diri kerana kebodohan diri sendiri yang terlalu mempercayainya. Apabila aku merenung balik saat-saat bersamanya..sesungguhnya aku tidak kenal siapa dia sebenarnya..
Akhirnya aku sedar..apa yang berlaku ini semua takdir Tuhan..dan aku sentiasa percaya akan ada rahmat disebalik semua yang terjadi..andai dia dapat membaca tulisanku ini aku berdoa agar dia sentiasa bahagia kerana aku tidak mungkin dapat membuang rasa cinta ini walaupun ia hanya dusta baginya...
doakan agar aku jua bahagia walaupun ia sukar digapai....
~cinta khayalan hanya akan hidup di dunia khayalan~

Friday, November 20, 2009
aku bingung
bingung hatiku memikirkanmu..
soalan demi soalan aku tanyakan..
namun tiada satu pun yang berjawab..
atau aku terlalu banyak persoalannya.
mengapa harus semua ini berlaku padaku,
adakah kerana aku terlalu lemah,
terlalu mengharap akan sebuah kasih sayang..
tidak cukupkah kasih sayang yang aku terima selama ini..
atau aku rindukan sebuah pelukan mesra
yang mendamaikan badai gelora di hati..
aku jua masih bingung...

Friday, November 13, 2009
letih..
apa ertinya hidup? aku sudah letih untuk buat apa saja...
aku seperti tidak ingin buat apa-apa pun hatta untuk bernafas juga aku sudah letih..
ingin rasanya aku terbang melepaskan diri dari segala perkara di dunia ini...benar-benar aku letih..
mengapa semua ini harus aku lalui? di mana kekuatanku sebagai seorang insan? apa yang telah kau ragut dari diriku sehingga aku merasa hatiku seperti ditikam berulang kali dengan sembilu yang tajam..mengapa tidak kau putus saja hubungan ini jika ia sudah tidak bererti lagi padamu..
dan mengapa hatiku selalu berprasangka padamu..bukankah itu tandanya hati ini sedang dipermainkan..?

Sunday, November 1, 2009
aku risau...
Sukarnya begini...hatiku sudah tak keruan sejak dua tiga hari ini..bagaimana dia?kali akhir dia menghantar sms padaku pada petang jumaat yg lalu, menyatakan sakitnya yg datang berulang lagi. Juga memaklumkan padaku andai tiada perubahan, dia akan dimasukkan ke wad semula. Sejak petang itu, sudah tiada khabar berita. Acap benar aku menelefon namun tiada talian. Aku hantarkan sms namun tiada balasan. Hati ini mula carik..senyumku mula pudar dalam keriuhan. Aku rasa hatiku sunyi dalam riuh rendah orang keliling...kenapa selalu begini...?
Sudah begitu teruk sekalikah sakitnya? Aku jadi makin tidak faham...
-kenapa begini?-

Subscribe to:
Posts (Atom)