salam...
Selamat tahun baru untuk diriku dan dirinya walau dimana saja dia berada. Aku tau tiada siapa yang sudi membaca coretan ini namun aku merasa itu tidak apa-apa kerana yang penting disini aku boleh meluahkan segala rintihan di dalam hati. Aku boleh menulis setiap apa yang terbuku dihati tanpa dihakimi oleh sesiapa.
Sudah agak lama aku tidak menulis disini. Mungkin kerana tiada luang masa yang membolehkan aku meluahkan rasa disini atau aku tidak terlalu merasa akan pedihnya kerana dikelilingi keluarga yang sentiasa riuh rendah dengan pelbagai ragam sepanjang akhir tahun lepas. Namun begitu, aku acap kali merasa sepi dalam keriuhan anak-anak saudara ku yang masih kecil. Tanpa disedari mata terasa berpasir dan titik airmata jatuh ke pipi tatkala aku tiba-tiba teringat akan dirinya. Aku tidak dapat menahan sedih dan pedihnya hati ini.
Selalunya aku bicara sendiri "mengapa dia menyepi?" "apakah salahku sehingga dia membuat aku derita begini? atau ini adalah hukuman diatas segala dosaku?" Acap kali aku menyalahkan diri kerana kebodohan diri sendiri yang terlalu mempercayainya. Apabila aku merenung balik saat-saat bersamanya..sesungguhnya aku tidak kenal siapa dia sebenarnya..
Akhirnya aku sedar..apa yang berlaku ini semua takdir Tuhan..dan aku sentiasa percaya akan ada rahmat disebalik semua yang terjadi..andai dia dapat membaca tulisanku ini aku berdoa agar dia sentiasa bahagia kerana aku tidak mungkin dapat membuang rasa cinta ini walaupun ia hanya dusta baginya...
doakan agar aku jua bahagia walaupun ia sukar digapai....
~cinta khayalan hanya akan hidup di dunia khayalan~

No comments:
Post a Comment