Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 15, 2010

selamat tahun baru..

salam...

Selamat tahun baru untuk diriku dan dirinya walau dimana saja dia berada. Aku tau tiada siapa yang sudi membaca coretan ini namun aku merasa itu tidak apa-apa kerana yang penting disini aku boleh meluahkan segala rintihan di dalam hati. Aku boleh menulis setiap apa yang terbuku dihati tanpa dihakimi oleh sesiapa.

Sudah agak lama aku tidak menulis disini. Mungkin kerana tiada luang masa yang membolehkan aku meluahkan rasa disini atau aku tidak terlalu merasa akan pedihnya kerana dikelilingi keluarga yang sentiasa riuh rendah dengan pelbagai ragam sepanjang akhir tahun lepas. Namun begitu, aku acap kali merasa sepi dalam keriuhan anak-anak saudara ku yang masih kecil. Tanpa disedari mata terasa berpasir dan titik airmata jatuh ke pipi tatkala aku tiba-tiba teringat akan dirinya. Aku tidak dapat menahan sedih dan pedihnya hati ini.

Selalunya aku bicara sendiri "mengapa dia menyepi?" "apakah salahku sehingga dia membuat aku derita begini? atau ini adalah hukuman diatas segala dosaku?" Acap kali aku menyalahkan diri kerana kebodohan diri sendiri yang terlalu mempercayainya. Apabila aku merenung balik saat-saat bersamanya..sesungguhnya aku tidak kenal siapa dia sebenarnya..

Akhirnya aku sedar..apa yang berlaku ini semua takdir Tuhan..dan aku sentiasa percaya akan ada rahmat disebalik semua yang terjadi..andai dia dapat membaca tulisanku ini aku berdoa agar dia sentiasa bahagia kerana aku tidak mungkin dapat membuang rasa cinta ini walaupun ia hanya dusta baginya...


doakan agar aku jua bahagia walaupun ia sukar digapai....



~cinta khayalan hanya akan hidup di dunia khayalan~

Friday, November 20, 2009

aku bingung

bingung hatiku memikirkanmu..
soalan demi soalan aku tanyakan..
namun tiada satu pun yang berjawab..
atau aku terlalu banyak persoalannya.
mengapa harus semua ini berlaku padaku,
adakah kerana aku terlalu lemah,
terlalu mengharap akan sebuah kasih sayang..
tidak cukupkah kasih sayang yang aku terima selama ini..
atau aku rindukan sebuah pelukan mesra
yang mendamaikan badai gelora di hati..

aku jua masih bingung...

Friday, November 13, 2009

letih..

apa ertinya hidup? aku sudah letih untuk buat apa saja...
aku seperti tidak ingin buat apa-apa pun hatta untuk bernafas juga aku sudah letih..
ingin rasanya aku terbang melepaskan diri dari segala perkara di dunia ini...benar-benar aku letih..
mengapa semua ini harus aku lalui? di mana kekuatanku sebagai seorang insan? apa yang telah kau ragut dari diriku sehingga aku merasa hatiku seperti ditikam berulang kali dengan sembilu yang tajam..mengapa tidak kau putus saja hubungan ini jika ia sudah tidak bererti lagi padamu..
dan mengapa hatiku selalu berprasangka padamu..bukankah itu tandanya hati ini sedang dipermainkan..?

Sunday, November 1, 2009

aku risau...

Sukarnya begini...hatiku sudah tak keruan sejak dua tiga hari ini..bagaimana dia?kali akhir dia menghantar sms padaku pada petang jumaat yg lalu, menyatakan sakitnya yg datang berulang lagi. Juga memaklumkan padaku andai tiada perubahan, dia akan dimasukkan ke wad semula. Sejak petang itu, sudah tiada khabar berita. Acap benar aku menelefon namun tiada talian. Aku hantarkan sms namun tiada balasan. Hati ini mula carik..senyumku mula pudar dalam keriuhan. Aku rasa hatiku sunyi dalam riuh rendah orang keliling...kenapa selalu begini...?

Sudah begitu teruk sekalikah sakitnya? Aku jadi makin tidak faham...




-kenapa begini?-

Thursday, October 29, 2009

Semalam kami berbalas sms..dari siang hari hingga ke ke malam. Aku asyik mengusung hp ke sana sini..sehinggakan adikku perasan dan ingin merampas tepon dari aku. Aku tau adik cuma rasa ingin tau apa yang aku dok sms kan..tapi maaflah dik..ini rahsia hatiku.. banyak yang dia luahkan dan kami kongsi bersama. Aku faham perasaannya. Daripada punya segalanya..kini dia bergantung hidup pada rakan2.. kerja takde, duit takde..sakit pulak tu..Dia mengatakan sudah tidak tahu dimana mahu diletakkan muka kerana malu dan segan padaku yg sudi beri bantuan untuk dirinya. Dia berjanji akan menggantikan semula duit2ku setelah dia dapat bekerja semula nanti. Lalu jawabku, ingat aku bagi saje2 ke..dia kena bayar 4 5 kali ganda sebab aku ni kan along...Ketawa besar dia bila aku jawab begitu.. Aku lega dengar dia ketawa..sudah agak lama aku tidak dengar dia ketawa begitu. Aku rindu saat itu. Smsnya kali ini agak berlainan..dia sudah boleh membuat lawak bodoh seperti dulu..dan aku gembira untuknya.

Hari ini dia dapat keluar wad. Pagi tadi dia sms aku dan maklumkan dia yang sudah boleh kuar wad. Aku tanyakan bil hospitalnya. Ada duitkah dia utk bayar bil?jawabnya...bolehlah utk bayar separuh bil. Untuk beli ubat tu fikir lain kali.. Bagaimana hatiku dpat bertahan, lalu aku janji padanya untuk transfer duit bil hospital dan duitnya bolehlah dia beli ubat. Masa aku taip sms itu, kepala otakku sudah berputar memikirkan dimana aku mau cari duit itu.. Lalu aku ambik keputusan utk hutang duit insurans kereta aku yg belum bayar. Biarlah kereta itu tak dapat jalan pun asal dia tak susah. Kereta itu masih boleh guna untuk pegi balik tempat kerja cuma tak boleh pegi jauh sebab takut jumpa peronda.

Petang tadi ada kawan datang rumah. Katanya, pertubuhan nak buat satu pertandingan bowling esok. Sebab tak cukup orang dan takde orang nak main(sebab semua budak kampung yg x penah pegang bola bowling x nak main)jadi aku terpaksa join jugak diorang main bowling esok. Macam mana nak pegi? Kereta bukan boleh jalan dalam bandar sana tu..

Aku masih berfikir...



-Impian indah cuma kekal dalam ilusi jika tanpa usaha merealisasi-

Monday, October 26, 2009

dia sakit lagi...

hari ini dia hantar msg...
"ada kat wad.tkanan darah 140.tinggi sngat.sakit hernia.ada kuman kt paru2.ginjal ada masalah ckit.esok tahu status camne."

sedih aku baca...tapi itu memang dah dijangka..apa yang harus aku buat..perlukah aku ke sana? bukan tidak mau tetapi aku sudah kehabisan duit. semalam aku masukkan duit padanya untuk belanja ubat dan mengurut. bkn byk cuma rm100 je tapi aku cuma ada rm150 jer. baki rm50 itu aku beli top up telefon rm10 dan kongsikan dengannya dan selebihnya utk aku belanja sebulan. mcm mana ni?untuk beli tket ke sana boleh tapi nak beli tket balik dah x cukup.bulan ini budget aku lari teruk..nak kena bayar insurans dan roadtax keta. bil kredit kad belanja raya hari tu pun belum bayar. ansurans keta pun belum bayar. mana duit aku pegi??

buat masa ini aku cuma boleh tunggu dan dgr khabar darinya..



-ku kirimkan rinduku padamu di angin lalu-

Thursday, October 22, 2009

aku rindukannya....