Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 19, 2011

Sudah agak lama aku tidak berbicara disini. Mungkin juga kerana hati tidak terlalu merusuh dgn hiba dan duka. Mungkin juga aku sudah terlupa bahawa aku punya satu medium untuk meluahkan segala rasa hati. Atau mungkin jua jejari ini sudah lelah untuk mengetuk keyboard..sesuatu yg tidak mungkin itu..ehehhehe...yang pasti kerana aku tidak lagi mahu mengikut lara hati. Dunia ini bukan hanya ada dirinya. Dan aku juga harus meneruskan hidup sendirian. Mungkin juga cintaku sudah tidak sepenuhnya pada dia. Aku tersenyum sendiri membaca kembali ayat-ayat cinta luahan hatiku didalam post-post yang pernah aku tulis disini. Bagai tidak percaya, aku mampu menulis ayat-ayat puitis itu. Tapi mungkin cinta itu telah mengubah diriku.


Pada malam ini, aku ingin bercerita apa yang telah berlaku sepanjang aku tidak menulis disini. Mungkin esok atau lusa aku akan kembali membaca blog ini dan mengenang kembali peristiwa yg sudah aku lalui. Semua ini berlaku bukan diusia remaja seperti org lain tetapi diusia yg sudah matang. Yang banyak cuma angka tetapi aku masih seperti remaja yang masih dangkal akalnya. Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan serta ujian yg tidak dapat dilepasi..hanya Allah yang dapat menilai.

hurmmm...rasa malas tiba2 menyerang...cerita itu aku akan sambung esok... :)


No comments:

Post a Comment